Apa itu Relex Smile

PUSAT Mata dan Lasik Prof Muhaya yang memulakan operasi lebih kurang empat bulan lalu berperanan penting dalam menangani masalah kekurangan atau kehilangan daya penglihatan menerusi pencegahan, pengesanan awal masalah mata dan pemulihan kepada masalah mata rabun yang telah dikesan.
 
Pengarah Urusan  pusat mata ini, Addaem Chandran ketika menjelaskan peranan pusat itu berkata, pusat mata dan lasik ini  diwujudkan bagi memulihkan dan memperbaiki kehidupan seseorang dari segi penglihatan, selain sebagai pelengkap kepada khidmat pemeriksaan mata dan pembedahan lasik yang sedia terdapat di negara ini.
 
Addaem juga berkata, “Kami di sini berpegang kepada matlamat ‘memperbaiki penglihatan dan improvisasi visi kehidupan’. Ini kerana selain dari mendapat rundingan dan nasihat untuk tahap penglihatan, pesakit juga dapat mengaudit diri berdasarkan kata-kata perangsang dari Prof Muhaya sendiri.
 
“Kami juga menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini penting untuk memastikan keadaan mata sentiasa sihat untuk masa sekarang dan akan datang. Pemeriksaan dilakukan agar pesakit yang datang tiada masalah mata dan juga membendung sekiranya pesakit yang datang mempunyai masalah mata agar tidak berlarutan lebih-lebih lagi jika keadaan ini berkaitan penyakit kronik,’” katanya ketika ditemui di Pusat Mata dan lasik Prof Muhaya, S-29, Tingkat Bawah, Pearl Avenue, Jalan Pasir Emas, Sungai Chua, Kajang, Selangor.
 
Menurut Addaem pemeriksaan mata tidak cukup sekadar memeriksa tahap kerabunan atau silau seseorang tetapi mestilah merangkumi pelbagai aspek termasuk ujian ketajaman penglihatan, pembiasan, ujian motilitas okular, pachymetry, tekanan intraocular, pemeriksaan celah-lampu, ujian medan penglihatan, kepaduan tomografi optik dan fotografi fundus. Kesemua pemeriksaan ini dapat membantu pesakit mengetahui keadaan mata mereka lantas mengambil langkah yang sesuai untuk memperbaiki penglihatan.
 
Setelah mendapat keputusan pemeriksaan, pesakit boleh memilih rawatan mata yang bersesuaian berdasarkan keputusan dan nasihat yang diberi oleh Prof Muhaya sendiri. Antara rawatan mata yang terdapat di Prof Muhaya Eye and Lasik Centre ialah pembetulan penglihatan menggunakan laser iaitu ReLEx-SMILE® dan LASIK. Tambah Addaem, perkhidmatan ReLEx-SMILE® dan LASIK sesuai untuk mereka yang sudah bosan memakai cermin mata atau letih menyediakan dan memakai kanta lekap.
ReLEx-SMILE® dan Lasik merupakan kaedah rawatan laser yang digunakan untuk menyembuhkan rabun dekat (myopia), rabun jauh (hypermetropia) dan astigmatism. Kaedah ini membentuk semula kornea untuk membolehkan cahaya memasuki mata dengan betul supaya memberi fokus ke retina untuk penglihatan yang lebih jelas.  Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti meningkatkan tahap penglihatan, penyelesaian untuk jangka masa panjang, keputusan dan kadar penyembuhan yang cepat iaitu selepas satu hari pembedahan, tiada lagi penggunaan cermin mata dan kanta lekap.
Relex Smile : 3 Step sahaja  mudah dan selamat.

Rawatan mata yang diberikan ialah ReLEx-Smile, Premium Lasik dan Presbyond (Blended). Rawatan ReLEx-SMILE merupakan teknologi baru yang terdapat di Prof Muhaya Eye and Lasik Centre. Rawatan ini sesuai bagi mereka yang berumur 20 tahun ke atas, mengalami rabun mata melebihi 75++@0.75 hingga 1000@10.00 dan silau hingga 500. Teknologi ReLEx-SMILE menggunakan laser femtosecond dengan invasif paling minimum. Rawatan ReLEx-SMILE sememangnya memberi lebih kebaikan di mana, pesakit yang menjalani rawatan ini dapat melakukan prosedur pembedahan pada hari yang sama dengan pemeriksaan. Selain itu, prosedur ini bercirikan tiada bukaan lapisan kornea mata, yang mana lebih cepat, lebih selesa dan hanya memerlukan 1 langkah sahaja (1 mesin pembedahan sahaja). Selain ReLEx-Smile, mereka yang berumur bawah 35 tahun boleh menjalani pembedahan Premium Lasik dan bagi yang berumur lebih 35 tahun, boleh menjalani Presbyond (Blended). Kedua-dua pembedahan ini sesuai untuk mereka yang mengalami rabun jauh, rabun dekat dan silau, beranggaran dari 75++@75 up to 1400 @ 14.00. Selain itu prosedur ini membuka lapisan kornea mata dan membuang lapisan rabun dengan laser excimer.
Mesin teknologi terbaru masa kini yang ada di Prof Muhaya Eye Lasik Centre

Sementara , nilai rawatan yang berpatutan, kekuatan pusat mata ini adalah pada pakar oftamologinya yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf dan merupakan antara pakar bedah mata Negara iaitu Prof Muhaya Binti Haji. Mohamad. 

Info Utusan
Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya
Hari Bekerja                                                      : Isnin hingga Jumaat
Waktu Bekerja                                                  : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Telefon (masa bekerja sahaja)                            : 03-8741 5138/017-877 1819
SMS (selepas waktu bekerja)                            : 017-877 1819


0 comments: