Prof Muhaya Doktor Pakar Mata Lasik
Assalamualaikum dan salam ceria,
Saya pasti ramai yang kenal dengan nama ini, Prof. Dr. Muhaya Mohamad (Prof Muhaya) yang selalu dilihat di kaca-kaca tv dan terkenal dengan usaha dakwah beliau. Jika Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin atau DrMAZA popular dengan MINDA TAJDID, begitu juga Prof Muhaya yang begitu terkenal dengan CELIK MATA & RESET MINDA iaitu tagline yang beliau selalu bawakan dalam usaha mengubah cara pemikiran umat Islam di Malaysia ke arah yang lebih positif.
Populariti beliau yang meningkat naik dengan begitu pantas sekaligus memberikan impak positif kepada Prosedur Refraktif Kornea atau lebih mudah disebut sebagai LASIK. Secara tidak langsung menjadikan LASIK sebagai trend baru kepada mereka yang mencari-cari alternatif kacamata atau kanta sentuh.
Di sini saya kongsikan beberapa tips LASIK yang saya petik dari laman Facebook Prof Muhaya sebagai panduan kita bersama. Tips-tips ini adalah lebih kepada Frequently Asked Questions (FAQs) berkenaan dengan LASIK dan dipermudahkan bahasanya.
1. Khusus untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat.
2. Tidak menyakitkan. Oleh itu keluarga dibenarkan melihat prosedur dan merekod melalui pintu kaca yang terletak 5 kaki dari mesin LASIK.
3. Terdapat dua peringkat iaitu Peringkat Pemeriksaan Penuh dan Peringkat Prosedur. Kedua-dua peringkat dijalankan pada hari yang berasingan. Peringkat Pemeriksaan memakan masa selama 4 jam dan Peringkat Prosedur iaitu peringkat LASIK memakan masa selama 15 minit sahaja.
4. Prosedur memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam.
5. MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosedur.
6. Bagi mereka dari luar Kuala Lumpur boleh pulang dengan kapal terbang atau kereta seawal dua jam selepas prosedur.
7. Kaedah tanpa pisau Visumax Femtosecond Laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan.
8. Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat.
9. Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik.
10. Kanak kanak tidak sesuai utk lasik kerana power belum stabil.
11. Lasik hanya merawat rabun bukan merawat penyakit mata. Jika mata tidak dapat melihat dengan memakai kaca mata , dgn lasik juga tidak dapat melihat. Lasik hanya mengganti kaca mata atau kanta lekap.
12. Ini hanya utk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.
13. Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai.
14. Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan.
15. Harga RM7000 premium lasik kedua mata ( umur bawah 34) dan RM8000 laser blended vision untuk umur 34 keatas.
16. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak.
17. Prosedur dimulakan dgn Al Fatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.
18. Surat GL kerajaan tidak diterima kerana ini bukan pembedahan penyakit.
19. Easy Payment disediakan.
Jika power kurang dari 800 boleh terus datang buat full screening dan rancang hari apa nak buat prosedur.
Prof Muhaya Eye Lasik Centre.
0 comments: