Optometrist United : NR Optometrist, Taman Mesra, Kajang
Dengan bangganya aku pada post kali ni aku nak start lah projek aku yang secara officialnyer diberi nama 'Jalan2 Cari Geng2'...hehe... Maksudnya...secara rasminya mulai hari ni aku akan sedikit demi sedikit akan memberikan info tentang premis2 yang menyediakan perkhidmatan optometri di Malaysia ni....Mula2 ni aku akan start di sekitar Lembah Klang la kot... and korang doakanlah aku dapat pegi 'cuti-cuti Malaysia' kat negeri lain, so boleh la aku kembangkan lagi 'database' yang aku nak usahakan ni....huhu...
NR Optometrist terpilih untuk post yang julung2 kali aku buat ni.... Premis ni ikut alamt lengkapnya : No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor terletak di kawasan di sekitar Sg Sekamat, Kajang....
Aku pergi kedai ni minggu lepas pasal aku dijemput untuk membuat part-time selama 4 hari di premis ni.... Bosnye, Pn Nizani Mat Nor nak bercuti pasal katanya dah berzaman dah tak holiday dengan famili.... Aku pun terimalah jemputannya untuk membuat part time kat kedai ni...Pn Nizani ni berpengalamn 10 tahun lebih dalam bidang optikal dan optometri ni...Mmg otai seh!!!
Masa aku nak cari kedai ni, aku ingat kedai ni kat pekan Kajang.... Aku pun pegi la cari kat area pekan... Memangla takkan jumpe... Rupe2nye kedai ni berdekatan dengan SMAP Kajang. Kalau dah berdekatan dengan SMAP Kajang memang aku tau la...hehe...
Untuk pengetahuan korang, kedai ni memang senang nak jumpa... Dari Lebuh Raya Grand Saga (Highway Cheras-Kajang) korang leh amik exit Kajang dan kalau korang dari K.L korang kene belok ke kiri selepas exit tersebut.... Lepas tu korang terus jer sampai korang nampak signboard Taman Mesra sebelah kanan n korang masuk je simpang ke deretan2 kedai kat situ...
Bagi penduduk2 Sg Sekamat, Simpang Balak, Taman Koperasi Ceupacs dan kawasan persekitaran mesti pernah perasan kewujudan kedai ni yang dibuka sejak 2005.... Kalau penduduk area lain kat Kajang jugak boleh jugak datang kesini kalau korang malas nak bersesak2 kat pekan Kajang tu...huhu...
Aku suke enviroment kawasan ni pasal terletak di kawasan kampung n nak access pun senang... Parking pun senang kat sini.... Premis ni terletak bersebelahan dengan farmasi dan kedai
runcit...Kat bawah ni aku sertakan gambar2 yang aku sempat amik masa 4 hari aku keje kat sana....zaaasssssss.....
Ruang dalaman premis ada disediakan sudut untuk kanak2...Mmg kanak2 suke nih!!!!
Bilik pemeriksaan yang selesa....Air cond lagi tu....Menggigil aku duduk kat bilik ni....huhu
Ruang pameran untuk bingkai2....Macam2 ada!!!
Pandangan dari pintu masuk...Aik...Mane orang nih???...hihi...Staff2 kat sini segan nak amik gambar skali...haha
Pintu masuk berkonsepkan 'open close concept' dengan pintu bercermin sepenuhnya...
Ok....nantikan premis2 lain yang aku akan lawat bile2 aku senang nanti....Orait...Sekian saje Optometrist United buat kali ini....
0 comments: