Mata Juling



Masalah kejulingan bukan sahaja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas malah menjejasjan rupa paras seterusnya mempengaruhi keyakinan diri seseorang.Mereka yang mempunyai masalah itu lazimnya akan merasa rendah diri,kurang yakin dan malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

Apakah punca Juling ?
Ada 2 punca utama yang menyebabkan masalah juling ialah iaitu faktor semula jadi yang dialami sejak lahir dan apabila berlaku kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan mata yang terletak di bahagian otak manusia atau penyakit-penyakit otot yang mengawal pergerakan bola mata.

Adakah juling menggangu penglihatan ?
Jika juling itu hanya berlaku pada sebelah mata sahaja maka "amblyopia"atau "lazy eye" boleh berlaku.Amblyopia terjadi apabila berlaku kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umut kanak-kanak terbabit seperti mata juling,berselaput,rabun jauh atau rabun dekat yang teruk dan kabur.Ketika ditahap perkembangan saraf mata,imej yang jelas perlu terbentuk di bahagian retina untuk membolehkan perkembangan saraf yang baik dan memberi keupayaan untuk kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.

Apakah yang patut dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami juling?
Ibu bapa yang mendapati mata anak mereka juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur 6 bulan.Sekirannya masalah juling berlarutan,kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan sebelum diberi rawatan.

Selalunya masalah juling sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak tersebut.Ini kerana mata yang juling menghalang kanak-kanak untuk melihat objek dengan jelas.Pada keadaan biasa,apabila mata melihat sesuatu objek,bola mata akan bergerak pada satu arah yang sama.Namun bagi seorang yang juling,jika dia melihat kiri , hanya sebelah mata sahaja yang bergerak ke arah itu sedangkan sebelah mata lagi melihat ke arah lain.Fenomena ini menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata akan difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina.Lama-kalamaan,mata yang tidak mendapat imej tepat akan menjadi malas atau dikenali sebagai 'amblyopia' yang mengurankan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.



Adakah pembedahan untuk membetulkan kejulingan mata dibenarkan dalam islam?
Boleh kerana juling juga merupakan satu penyakit yang harus dirawat.Dalam hal ini,sekiranya kecacatan seperti juling akan menimbulkan rasa rendah diri kepada pesakit tersebut,maka ada keharusan untuk melakukan pembedahan dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan matanya.

Apakah rawatan juling?
Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi juling yang bukan disebabkan oleh masalah lain yang serius.ada masalah juling yang dapat dirawat dengan hanya memakai cermin mata khas.Bagi kanak-kanak pula,"amblyopia" dapat diatasi jika rawatan pertama bermula sebelum mereka berumur 9 tahun.



0 comments: