Faktor Kecacatan Mata

FAKTOR-FAKTOR KECACATAN MATA
Faktor-faktor masalah penglihatan ini antaranya adalah disebabkan oleh faktor sindrom, baka (masalah penglihatan yang diwarisi), komplikasi pre-natal (sebelum kelahiran hingga semasa kelahiran) dan post-nataliaitu ianya berlaku selepas kelahiran. Selain itu, punca kehilangan penglihatan ini juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami kemalangan yang boleh menyebabkan seseorang tersebut hilang daya penglihatan, ataupun disebabkan oleh penyakit dan jangkitan kuman yang memberikan impak kepadanya untuk kehilangan deria tersebut.
Menurut Jamilah K. A. Mohamed (2006), punca-punca kecacatan adalah termasuk, baka dan keturunan, komplikasi semasa hamil dan semasa lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit.
Masalah penglihatan ini boleh berlaku sejak bayi itu dilahirkan ataupun semasa zaman kanak-kanaknya ataupun setelah ia dewasa. Masalah penglihatan ini boleh bertambah buruk dari semasa ke semasa ataupun ianya akan kekal ataupun ianya akan bertambah baik melalui proses pemulihan dan rawatan. Ianya boleh berlaku disebabkan oleh satu atau lebih sistem penglihatan seseorang individu itu mengalami kerosakan ataupun tidak berfungsi. Contohnya, satu struktur mata rosak, kerosakan atau masalah berkaitan dengan pembiasan (refractive) yang mana ianya gagal untuk membentuk imej ataupun arca pada retina dan jika ada kerosakan pada bahagian otak yang berkaitan dengan saraf penglihatan yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan penglihatan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 2002), antara jenis-jenis penyakit yang menyebabkan kebutaan ialah katarak, glaukoma, masalah diabetes, kecacatan sejak lahir dan masalah kornea. Selain dari itu, kecederaan dibahagian mata adalah juga penyebab utama boleh menjadikan kebutaan. Sebagai contoh, kebutaan pada sebelah mata. Punca kebutaan ini juga boleh terjadi melalui genetik contohnya “albinism”. Kebanyakan orang yang mempunyai penyakit keturunan seperti albino ini, mempunyai masalah penglihatan dan ada yang buta. Leber’s congenital amaurosis ini adalah penyakit keturunan yang menyebabkan kebutaan dan hilang daya penglihatan dari sejak kelahiran ataupun dari zaman kanak-kanak.
Keracunan juga adalah sebahagian daripada punca menghidapi masalah penglihatan. Kebutaan boleh berlaku melalui pengambilan beberapa kimia. Contohnya minuman yang mempunyai alcohol seperti yang mengandungi methanol. Methanol adalah sejenis kimia yang sangat tidak merbahaya walaubagaimanapun jika ianya bertindakbalas dengan ethaol melalui proses metabolisme, methanol akan dipecahkan dan akan membentuk bahan-bahan formaldehid dan asid formic yang seterusnya boleh menyebabkan kebutaan dan pelbagai komplikasi kesihatan yang lain serta boleh menyebabkan kematian. Methanol ini boleh dijumpai dalam minuman yang beralkohol dan spirit.
Faktor Kemalangan
Kemalangan sering berlaku dimana-mana dan ini adalah merupakan sesuatu yang amat serius. Kemalangan yang sering berlaku adalah kemalangan dijalan raya. Kemalangan seperti ini boleh menyebabkan kecacatan anggota, kehilangan nyawa, kehilangan penglihatan, kecederaan parah dan sebagainya termasuk kerugian dari segi material.
Antara faktor-faktor kemalangan ini adalah sikap kurang berhati-hati dan kurang peka terhadap sekeliling baik pemandu mahupun pengguna jalan raya yang lain. Kecuaian ketika memandu dan tidak mengikut peraturan yang disediakan juga antara punca kemalangan jalan raya ini sering berlaku. Selain dari itu, punca-punca kemalangan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh struktur jalan raya yang kurang sempurna, tanda-tanda jalan yang kurang jelas dan sebagainya. Faktor lain pula ialah faktor semulajadi iaitu seperti faktor cuaca yang kurang baik seperti hujan lebat, keadaan jerebu dan kabus yang tebal. Keadaan kereta juga perlu diambil perhatian. Jika keadaan kenderaan kurang sempurna maka ianya adalah kurang selamat bagi pengguna kenderaan tersebut serta pengguna-pengguna jalan raya yang lain juga akan terlibat sama jika berlakunya kemalangan. Faktor-faktor kesihatan bagi pemandu juga penting.
Perkara-perkara yang tersebut tadi adalah sangat penting dan berkait rapat diantara satu sama yang lain.

0 comments: