Masalah Untuk Fokus Dekat Dan Jauh. Anda Mengalaminya?
Salah satu rungutan atau simptom yang sering dilaporkan berkaitan penglihatan ialah kesukaran untuk mengekalkan fokus apabila melihat jauh selepas melakukan kerja-kerja dekat dan/atau sebaliknya.
Simptom atau aduan ini adalah berpunca daripada masalah sistem pemfokusan mata yang dipanggil sebagaiSistem Akomodasi Mata.
Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana sistem akomodasi mata ini tidak berfungsi secara baik dan mengganggu kelancaran aktiviti seseorang. Terdapat tiga keadaan yang biasa berlaku di kalangan masyarakat Malaysia:
1. Accommodative Insufficiency (Kekurangan Akomodasi)
2. Accommodative Spasm (Kekejangan Akomodasi)
3. Accommodative Infacility (Ketakstabilan Akomodasi)
1. Accommodative Insufficiency (Kekurangan Akomodasi)
Situasi: "Kalau aku tengok jauh jelas, tapi tengok dekat kabur plak!"
Penerangan: Pada kebiasaannya, pesakit yang kekurangan keupayaan akomodasi tidak mengalami masalah untuk melihat jauh tetapi akan mengalami kesukaran membaca dekat, kurang konsentrasi dan jika pesakit paksa untuk berakomodasi, beliau akan mengalami sakit kepala (asthenopia).
Senaman mata yang boleh dilakukan:
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda. (Mengapa kad kredit/ATM? Sebab ianya mengandungi saiz huruf yang cukup kecil untuk latihan ini dan hampir kesemua orang mempunyainya.)
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Sambil fokus pada perkataan tersebut, gerakkan kad tersebut mendekati mata anda sehingga perkataan tersebut menjadi kabur.
vi. Tutup mata dan buka. Fokus lagi untuk kejelasan.
vii. Ulang 10 kali.
2. Accommodative Spasm (Kekejangan Akomodasi)
Situasi: "Masa study 2-3 jam mata aku takde masalah, lepas tu bila aku nak tengok jauh kabur pulak!"
Penerangan: Berlawanan dengan accommodative insufficiency, pesakit mengalami masalah untuk melihat jauh sebaik sahaja selepas melakukan kerja dekat untuk suatu tempoh yang lama.
Senaman mata yang boleh dilakukan:
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda.
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
iii. Pegang kad tersebut lebih kurang 15cm dari mata.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Sambil fokus pada perkataan tersebut, gerakkan kad tersebut menjauhi mata anda dan berhenti pada jarak 2 kaki.
vi. Jika perkataan tersebut kabur, tutup mata dan buka. Fokus lagi untuk kejelasan.
vii. Ulang 10 kali.
3. Accommodative Infacility (Ketakstabilan Akomodasi)
Situasi: "Bila aku tengok jauh, kabur sekejap lepas tu jelas. Bila aku tengok dekat, kabur sekejap lepas tu jelas pulak."
Penerangan: Merujuk kepada situasi di atas, pesakit akan mengalami kekaburan pada permulaan melihat objek dan akan bertukar jelas selepas beberapa saat atau minit. Ini berlaku semasa pertukaran melihat jauh ke dekat atau dekat ke jauh.
Senaman mata yang boleh dilakukan:
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda.
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
iii. Pegang kad tersebut lebih kurang 2 kaki dari mata.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Dalam masa yang sama, pastikan anda menghadap jam dinding (atau apa-apa objek) yang terletak lebih kurang 10 kaki dari anda.
vi. Secara berselang seli, lihat perkataan "smart" pada kad kemudian lihat pada jam dinding. Kemudian lihat kembali perkataan "smart" pada kad tetapi dalam masa yang sama dekatkan sedikit kad tersebut ke mata.
vii. Ulang 10 kali dan dekatkan kad kredit/ATM setiap kali anda menukar pandangan ke kad.
Latihan-latihan yang diajar di atas adalah latihan mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama anda digalakkan berjumpa dengan Optometris untuk meningkatkan lagi peluang kesembuhan kerana mereka akan menunjukkan latihan-latihan tambahan yang lain.

0 comments: